suria

Webcam Gesa Kerajaan Tubuh Agensi Tenaga Pusat

PETALING JAYA: Terdapat keperluan segera untuk menubuhkan sebuah Agensi Tenaga Pusat (CEA) yang serupa dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bagi mengawal penggunaan, pengeluaran dan keselamatan sektor tenaga di negara ini.

"Dengan ketiadaan agensi seperti itu, sektor tenaga di negara ini pada masa ini berada dalam keadaan sangat tidak teratur kerana banyak pembaziran berlaku dan kadar tarif pula tinggi," kata Setiausaha Agung Persatuan Penggunapengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) S. Piarapakaran kepada Bernama.

"Agensi seperti ini dapat memberi manfaat besar jangka panjang bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga kepada negara kerana penyeliaan dan pengawalan yang sewajarnya akan meminimumkan pembaziran serta mengurangkan kadar tarif," katanya.

Piarapakaran berkata sudah tiba masanya agensi seperti itu ditubuhkan memandangkan kumpulan pertama Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) akan tamat tempoh tidak lama lagi dan ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk memperbetulkan kelemahan terdahulu.

Beliau berkata berikutan hakikat bahawa kos bahan api fosil akan terus meningkat disebabkan kekurangan bekalan, adalah penting untuk negara mencari sumber tenaga alternatif dan CEA akan menjadi lembaga yang sesuai untuk membangunkannya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain