suria

Adun Melor Kini Dirawat Di HUSM

KOTA BAHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, yang sakit ketika mengerjakan haji di Mekah, selamat pulang untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sekembalinya dari Tanah Suci petang ini.

Wan Ismail, 59, dibawa ke hospital itu dengan menaiki ambulan setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, dekat sini dan diiringi anggota keluarganya.

Antara pemimpin PAS yang menyambut ketibaan beliau ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, dan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat.

Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan bahawa Adun Melor itu uzur ketika mengerjakan fardhu haji dan tidak mengetahui secara jelas penyakit Adun itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

2009 Penuh Cabaran Bagi SPRM

Artikel Lain