suria

Tarif Elektrik Harus Diperkenalkan Semula Di Semenanjung - Peter Chin

KUALA LUMPUR: Pengenalan mekanisme penentuan kos bahan api untuk tarif tenaga elektrik perlu diperkenalkan semula terutama bagi Semenanjung Malaysia, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peteri Chin Fah Kui.

Katanya mekanisme itu perlu untuk membetulkan salah padanan antara kos bekalan elektrik untuk pengguna dan pulangan untuk jualan utiliti kepada pembekal elektrik.

"Ketiadaan kos bahan api melalui mekanisme akan mengakibatkan risikorisiko tidak seimbang dan pulangan untuk utiliti," katanya pada majlis makan malam Penjanabebas 2009 dan sambutan Kempen Sekolah Hijau di sini, malam tadi.

Chin berkata pada masa ini pegangan saham Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) untuk jumlah kapasiti bekalan 14,777 Megawatt (MW) di Semenanjung Malaysia adalah 67.56 peratus manakala untuk utiliti menyumbang 7,096 MW atau 32.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti yang dibekalkan.

Sementara itu, lima sekolah telah disenarai pendek dalam Kempen Sekolah Hijau, dan akan menyertai initiatif teknologi hijau kebangsaan melalui pemasangan sistem "gridconnected photovoltaic" untuk menyalurkan elektrik dan menyediakan bahan pembelajaran secara langsung kepada pelajar sekolah.

Objektif kempen itu adalah untuk memberi kesedaran di kalangan pelajar dan juga untuk menjimatkan bil elektrik sekolah. Sistem untuk lima sekolah tersebut dianggarkan sekitar RM750,000. BERNAMA

Artikel Lain