suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air Sungai Golok Lepasi Paras Waspada

KOTA BAHARU: Penduduk di tebing Sungai Golok dan kawasan rendah di sekitarnya kembali diingatkan agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kerana paras air sungai itu di Rantau Panjang kini sudah melepasi paras waspada.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, bacaan paras air pada pukul 10 pagi ini ialah 7.41 meter iaitu melepasi paras waspada 7 meter manakala paras bahaya sungai itu adalah 9 meter.

Satu lagi bacaan di sungai tersebut di Jenob dalak jajahan Tanah Merah juga semakin menghampiri paras waspada iaitu 20.20 meter berbanding paras waspada 21.50 meter dan paras bahaya 23.50 meter.

Bacaan di beberapa tempat Sungai Kelantan juga sudah melepasi paras biasa dan air naik secara perlahanperlahan berikutan hujan renyairenyai sesekali lebat masih berlaku di negeri itu.

Jabatan itu juga sudah mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya banjir gelombang kedua dengan penduduk terutama di Rantau Panjang diminta supaya bersiap sedia.

Awal bulan ini, hampir 3,000 penduduk Kelantan yang sebahagian besarnya di Rantau Panjang dan Tumpat telah dipindahkan akibat banjir. Dua kematian dilaporkan.

Keadaan cuaca di Kelantan kini hujan renyai sesekali lebat dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Selasa depan. BERNAMA

Artikel Lain