suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bedah Siasat Sahkan Punca Kematian Tahanan Akibat Menggantung Diri

JOHOR BAHARU: Laporan bedah siasat terhadap seorang tahanan yang ditemui mati di biliknya di Penjara Air Molek, Ahad lepas mengesahkan punca kematiannya akibat menggantung diri, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Ab Rahman hari ini.

Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat dalam kes kematian lelaki terbabit, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor di sini.

Tahanan itu, J. Saravanan didakwa di mahkamah minggu lepas atas tuduhan membunuh ibunya, Malliha Kathirvel, 47, di rumahnya di No 18, Kampung MIC, Ulu Tiram antara 9.30 pagi dan 10.30 pagi pada 5 Oktober.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika didapati bersalah. BERNAMA

Artikel Lain