suria

Polis tahan dua lelaki dipercayai terlibat kes culik

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes seorang ahli perniagaan dikenali sebagai 'Bangsar Shan' yang dilarikan empat lelaki yang menyamar sebagai polis di Kajang, Selangor pada 29 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC II Datuk Hasnan Hassan berkata, keduadua suspek dikenali sebagai 'Vikram', berumur 40 tahun dan 'Cendol Kanna' berumur 32 tahun.

Beliau berkata mereka ditahan di sekitar Kajang semalam yang berdasarkan laporan yang dibuat oleh isteri mangsa.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Khamis ini, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Hasnan berkata sehingga kini polis masih belum dapat mengesan mangsa berumur 40 tahun yang dikatakan telah diculik dan beliau juga menafikan sebarang pembabitan anggota polis dalam kes itu.

Polis sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek yang masih bebas dan kerjasama daripada orang ramai dalam hal ini amatlah diperlukan, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain