suria

Dua lelaki dicari polis kerana rogol

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjejaki dua lelaki yang dipercayai merogol seorang wanita di Bangunan Puncak Niaga di Alang Sendayu, Jalan Lama, Gombak di sini pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa yang telah dibawa ke Hospital Selayang oleh keluarganya untuk pemeriksaan lanjut mendakwa dirogol dua lelaki berkenaan yang berumur antara 25 dan 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah memberitahu Bernama di sini hari ini kedua-dua suspek telah meninggalkan kereta mereka di tempat kejadian.

Polis menggunakan khidmat Unit Forensik dan Unit Anjing K9 bagi menjejaki mereka, katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 0361262222 atau balai polis berdekatan. BERNAMA

Artikel Berikut

306 murid positif dadah

Artikel Lain