suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aziz diminta beri bukti ada yang akan keluar Pakatan

ALOR SETAR: Pemuda PAS Kedah meminta Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Bharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir membuktikan dakwaannya bahawa beberapa orang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat akan keluar dari gabungan itu. Ketuanya Ahmad Yahya berkata Abdul Aziz mencetuskan kekeliruan dan keraguan di kalangan rakyat Kedah dengan dakwaannya itu.

"Kenyataan beliau menyebabkan kita terfikir bahawa ADUN yang didakwa akan meninggalkan parti sama ada dirasuah atau dipaksa atau dibeli oleh BN," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan Abdul Aziz itu di sini hari ini.

Kenyataan Abdul Aziz dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu Ahad lepas menyebut beberapa orang lagi Adun akan mengikuti jejak langkah ADUN Lunas Muhammad Radzhi Salleh untuk keluar parti dan menjadi ADUN bebas.

"Kenyataan Abdul Aziz menunjukkan beliau tidak menghormati pilihan rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

"Saya harap polis akan menyiasat kenyataan beliau (Abdul Aziz)", kata Ahmad. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain