suria

Teoh bakal bergelar bapa, tunang hamil 2 bulan

SYARIKAT pengurusan pengkebumian membawa keranda mendiang Teoh Beng Hock dari rumah Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini semalam. Mendiang Teoh, mati selepas dipercayai terjatuh daripada bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam selepas menjalani siasatan di pejabat SPRM berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu. Polis mengklasifikasikan kematian Teoh sebagai kematian mengejut. -- fotoBERNAMA

KLANG: Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui mati semalam, rupanya bakal bergelar bapa kerana tunangnya kini hamil dua bulan.

Tunang Teoh, Soh Cher Wei, 28, seorang guru di Semenyih dekat sini mengesahkan mengandungkan anak Teoh.

"Saya akan tetap menyimpan anak ini walaupun Beng Hock sudah tiada sebagai penyambung kasih sayang kami," katanya yang tidak mampu menahan tangisan kepada pemberita semasa menuntut mayat Teoh di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Soh berkata, mereka sepatutnya mendaftar perkahwinan mereka di Alor Gajah, Melaka semalam.

Pasangan itu berkenalan sejak lima tahun lepas semasa sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tetapi mula bercinta dua tahun kebelakangan ini dan seterusnya bertunang pada minggu lepas.

Bagaimanapun hasrat pasangan itu untuk berkahwin tidak kesampaian apabila Teoh, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14 kelmarin.

Teoh, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, merupakan seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes salah guna peruntukan kerajaan negeri.

Yong merupakan antara tujuh wakil rakyat dan Exco kerajaan negeri Selangor yang sedang disiasat SPRM yang turut melakukan serbuan di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan bagi mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri itu dibelanjakan.

Abang Teoh, Beng Kee, 33, berkata, beliau mendapat tahu mengenai kematian adiknya itu setelah dimaklumkan oleh seorang lagi adiknya pada pukul 5 petang kelmarin.

Beng Kee yang bekerja sebagai pengurus gudang di Shah Alam berkata semasa hayatnya mendiang seorang yang periang dan peramah dan menurutnya kali terakhir adiknya itu menghubunginya ialah pada minggu lepas untuk memaklumkan ingin mengambil gambar pertunangannya.

Ditanya mengenai ketidakhadiran ibu bapa mereka untuk menuntut mayat Teoh, katanya mereka kini berada di Alor Gajah bagi menguruskan urusan pengebumian adiknya itu.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan, 29, seorang juruaudit pula berkata, kali terakhir dia bertemu dengan abangnya itu pada Ahad lepas semasa abangnya itu pulang ke Melaka bagi menguruskan hal perkahwinannya.

Bekas majikan Teoh, Timbalan Pengarang Berita Sin Chew Daily, Low Yak Buang berkata, Teoh mula bekerja di akhbar itu pada 2004 dan meletak jawatan selepas pilihan raya umum ke1-2 tahun lepas kerana ditawarkan menjadi setiausaha politik kepada Yong.

Mayat Teoh selesai dibedah siasat pada kira-kira 6.25 petang semalam dan terus dibawa pulang ke Alor Gajah dan dijangka dikebumikan di Semenyih Memorial Park pada Isnin ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain