suria

Album Tun Mahathir dilancar 19 Ogos

KUALA LUMPUR: Ramai yang telah menulis buku mengenai beliau. Ramai juga pernah menghasilkan pelbagai nukilan tentang perjalanan hidup bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bulan depan catatan hidup dan kepimpinan beliau akan muncul dalam album - bertajuk Tun Dr. Mahathir Jasamu Dikenang.

Lirik lagu 'album single' itu dihasilkan oleh Pengasas Terapi Bicara Kendiri Anakbestari, Dr. Nasoha Saabin.

Ia memuatkan satu lagu yang didendangkan oleh Man Ferow.

Majlis prapelancaran diadakan di ibu negara hari ini.

Nasoha berkata, beliau mengambil keputusan untuk menghasilkan lagu berkenaan dengan "niat untuk sukakan Allah semoga perangai memulia dan menghargai pemimpin yang berjasa seperti Tun dapat disemai di hati seluruh rakyat Malaysia."

"Saya menulis lirik ini atas desakan naluri hati saya sendiri dan saya tidak mewakili mana-mana parti sama ada Umno, Keadilan atau PAS ataupun mewakili kumpulan jemaah tabligh.

"Saya membuat usaha ini atau naluri saya sendiri," kata beliau ketika ditemui pada majlis prapelancaran.

Ia akan dilancarkan pada 19 Ogos ini di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Artikel Sebelum

Artikel Lain