A(H1N1): UiTM Melaka ditutup 9 hari - Semasa | mStar

A(H1N1): UiTM Melaka ditutup 9 hari

BEBERAPA pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Lendu, Alor Gajah meninggalkan kampus itu selepas ia dituutp selama sembilan hari berkuat kuasa semalam berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus terbabit sejak seminggu lalu.--fotoTHE STAR oleh A. MALEX YAHAYA
BEBERAPA pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Lendu, Alor Gajah meninggalkan kampus itu selepas ia dituutp selama sembilan hari berkuat kuasa semalam berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus terbabit sejak seminggu lalu.--fotoTHE STAR oleh A. MALEX YAHAYA

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka ditutup selama sembilan hari berkuat kuasa serta merta berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus terbabit sejak seminggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican berkata, penutupan kampus tersebut adalah disebabkan kejadian kes-kes influenza yang tinggi di kalangan pelajar UiTM serta bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajar.

"Penutupan kampus UiTM Alor gajah, Melaka berkuatkuasa serta merta sehingga Jumaat, 24 Julai 2009. Arahan ini melibatkan semua pelajar kolej, pengajar dan kakitangan UiTM Alor Gajah, " katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau berkata, dalam tempoh penutupan kampus berkenaan kerjasama daripada pelajar, kakitangan dan tenaga pengajar diperlukan untuk mematuhi peraturan-peraturan berikut bagi mengawal penularan wabak pandemik ke dalam komuniti.

"Mereka diingatkan sentiasa berada di rumah atau kolej kediaman dan mengurangkan pergaulan rapat dengan mereka yang tidak terlibat dengan arahan ini serta mengamalkan kebersihan diri dan etika atau adab batuk yang baik," katanya.

Dr. Mohd Ismail berkata, bagi mereka yang mengalami simptom seperti batuk, demam dan selsema hendaklah sentiasa memakai mask dan sekiranya jangkitan bertambah teruk, diminta untuk segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan Mereka yang mengalami simptom berkenaan juga diminta tidak mengunjungi tempattempat awam atau majlis keramaian.

"Mereka yang terlibat termasuk ibu bapa atau penjaga yang ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan influenza A (H1N1) boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my dan http:/h1n1.moh.gov.my atau melalui talian hotline influenza A H1N1 03-88810200, 03-88810300, 03-88834414 dan 03-88834415 yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 9 malam setiap hari. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Album Tun Mahathir dilancar 19 Ogos

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain