suria

Muhyiddin minta PPP segera selesai isu dalaman, kata Kayveas

PUTRAJAYA: Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M.Kayveas hari ini diberitahu oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya segera menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.

Kayveas berkata beliau menjelaskan kepada Muhyiddin. yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, mengenai isu pelantikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah sebagai Presiden baru PPP oleh satu mesyuarat agung luar biasa di sini Ahad lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Kayveas berkata beliau sedia berbincang dengan Murugiah untuk menyelesaikan kemelut itu tetapi "itu tidak dapat berlaku kerana Murugiah hanya mahu bercakap kepada media".

Kayveas berkata beliau masih Presiden PPP yang sah kerana perhimpunan Ahad lepas adalah tidak mengikut prosedur. BERNAMA

Artikel Lain