suria

Elizabeth Wong digesa tarik balik keputusan letak jawatan

REAKSI wajah Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping, ketika menawarkan peletakan jawatannya sebagai Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini. Wong, 37, dipercayai berbuat demikian berikutan penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini melahirkan rasa sedih atas keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mahu meletakkan jawatan berikutan penyebaran gambar bogelnya.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng berkata, Wong perlu mempertimbangkan semula keputusan itu memandangkan beliau tidak melakukan kesalahan.

"Saya berasa sedih kerana seorang daripada kita terpaksa meletak jawatan kerana insiden seperti itu.

"Beliau tidak melakukan perkara yang salah kerana dalam hal ini, kehidupan peribadinya telah diceroboh.

"Saya rasa beliau tidak harus meletak jawatan walaupun saya faham bahawa perkara ini bukan sesuatu yang seronok kerana sebagai public figure, kita harus sentiasa turun padang tetapi gambar kita pula sedang tersebar," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Chong Eng yang juga Ketua Wanita DAP berkata, Wong perlu terus memegang jawatan ADUN bagi memberi kesaksamaan gender dalam politik.

"Beliau boleh teruskan kalau beliau boleh tahan. Tunjukkan yang beliau kuat dan mampu melawan segala taktik kotor.

"Tindakan meletak jawatan akan menunjukkan yang kita mengalah dengan taktik kotor dan pada masa depan, lebih banyak taktik kotor yang akan digunakan untuk menjatuhkan ADUN dan ahli Parlimen.

"Saya akan berada di pihaknya jika beliau tidak meletak jawatan," katanya.

Selepas dua hari didedahkan penyebaran gambar dan video separuh bogel, Wong hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor an ADUN Bukit Lanjan.

Beliau mengumumkan perkara itU dalam satu sidang mediang yang diadAkan di ibu pEjabat PKR di Petaling Jaya.

Sementara itu, ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan sama ada Wong patut membuat keputusan tersebut.

"Saya tidak mahu memberi tekanan atas keputusannya itu. Sekarang yang beliau perlukan adalah sokongan kerana beliau adalah mangsa," katanya.

Beliau tURUt melahirkan rasa sedih kerana pengunduran Wong terpaksa dilakukan berikutan taktik kotor yang digunakan pihak tertentu,

"Ia adalah satu ugutan dan budaya yang tidak sihat dan akan menghalang perkembangan demokrasi di negara kita dan taktik ini jUga akan meletakkan wanita terutamanya dalam politik dalam satu keadaan yang sentiasa terancam," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain