suria

4 ditahan edar risalah berbaur politik

IPOH: Polis menahan dua lelaki dan dua wanita berusia 40an kerana mengedar risalah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peralihan kuasa politik di Perak, di pasar tani berhampiran Arena Square, Kuala Kangsar, 50km dari sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt. Abdul Ghafar Mohamad berkata, keempat-empat orang itu ditahan pada 9 pagi ketika sedang mengedar risalah berkenaan kepada orang ramai.

Polis turut merampas bahan cetak itu daripada mereka.

"Kita menahan mereka kerana mengedar risalah yang boleh mengelirukan orang ramai berhubung dengan kemelut politik di negeri ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Ghafar berkata polis mengambil keterangan sebelum membebaskan mereka dengan ikat jamin polis.

Mereka akan disiasat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain