suria

Arumugam tidak tahan ugutan - MB Kedah

BERSAMA... MENTERI Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak bersama V. Arumugam pada majlis sambutan Deepavali di Alor Setar, Kedah pada Oktober lalu.
BERSAMA... MENTERI Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak bersama V. Arumugam pada majlis sambutan Deepavali di Alor Setar, Kedah pada Oktober lalu.
BERSAMA... MENTERI Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak bersama V. Arumugam pada majlis sambutan Deepavali di Alor Setar, Kedah pada Oktober lalu.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam disebabkan beliau mendakwa tidak tahan dengan ugutan pelbagai pihak supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Ugutan itu termasuklah termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan," katanya dalam sidang media di di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini malam ini.

Terdahulu pada tengah hari tadi, Azizan mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Arumugam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Bagaimanapun sebelum ini peletakan jawatan Arumugam dikaitkan dengan masalah peribadi yang dihadapinya.

Baru-baru ini sekumpulan lelaki yang mendakwa mewakili 500 penduduk Taman Ria di Sungai Petani menghantar petisyen mengenai salah laku seorang anggota Exco kerajaan negeri kepada Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

Mereka mendakwa Arumugam mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak.

Arumugam gagal dihubungi dan enggan menjawab sebarang panggilan telefon, termasuk daripada Menteri Besar dan wartawan manakala rumahnya di Sungai Petani telah kosong sejak dua hari lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain