Kemaman pula dilanda banjir - Semasa | mStar

Kemaman pula dilanda banjir

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di beberapa daerah di Terengganu tidak banyak berubah dan kini merebak pula ke daerah Kemaman apabila 282 orang mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata mangsa yang dipindahkan di Kemaman ialah dari Kemas Padang Kubu (43), rumah kakitangan Padang Kubu (29), Masjid Berek Padang Kubu (23), Balairaya Kampung Padang Kubu (16) Dewan Orang Ramai Kampung Teladas (71), Balairaya Kampung Ibok (3) dan Sekolah Kebangsaan Air Putih (97).

"Ini merupakan kali pertama Kemaman dilanda banjir tahun ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata, pada keseluruhannya jumlah mangsa banjir di Terengganu sehingga pukul 8 pagi ini adalah seramai 1,190 orang iaitu Kemaman 282, Marang (25), Dungun (577), Hulu Terengganu (16) dan Kuala Terengganu (310).

Beliau berkata jalan-jalan yang masih ditutup di Dungun ialah Jalan Tok Kah-Lintang; di Besut pula Jalan Jertih-Kruak, Jalan Gong Neris-Darau manakala di Hulu Terengganu pula membabitkan Jalan Bukit Perah-Kampung Jak, Jalan Kampung Matang-Nibong, Jalan Batu 24 Pengkalan Ajal, Jalan Bukit Diman-Jalan Pengkalan Ajal; Setiu Jalan Sungai Tong-Pelong dan Jalan Hulu Seladang-Permaisuri.

Beliau berkata, jalan-jalan terbabit ditutup kepada semua kenderaan kecuali Jalan Jertih-Kruak dan Jalan Gong Beris-Darau yang ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam antara 0.4 meter dan 1.3 meter.

Jurucakap itu berkata beberapa batang sungai utama di negeri itu masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri 8.92 meter (bahaya 8.50 meter) dan Kemaman di Kerteh 3.54 meter (bahaya 3.20 meter) manakala yang lainnya ditahap berjaga-jaga.

Katanya, Jabatan Meteorologi pula mengeluarkan amaran hujan peringkat jingga yang diramalkan bahawa hujan lebat akan turun di semua daerah di Terengganu terutama di daerah Dungun dan Kemaman.

Keadaan cuaca di Terengganu gelap dan hujan sekali sekala pagi ini.

Di Kuantan, Pahang pula, persiapan lapan keluarga bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pagi ini terjejas apabila seramai 39 orang daripada keluarga berkenaan terpaksa berkampung di Asrama Sekolah Kebangsaan Cherating selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air, malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, kesemua mangsa banjir berkenaan mula dipindahkan pada pukul 9 malam tadi.

"Mangsa banjir berkenaan dipindahkan selepas kampung mereka iaitu Kampung Bukit Palas dan Kampung Cherating Baru dinaiki air bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain