Anwar tidak dibenar masuk lokasi tragedi demi keselamatan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah runtuh hari ini kerana faktor keselamatan.

Khalid berkata, tindakan itu diambil berikutan amaran yang dikeluarkan oleh Ikram dan JKR mengenai keadaan kawasan itu yang tidak stabil.

"Selepas kejadian pergerakan tanah pagi tadi, semua orang yang tidak berkenan tidak dibenarkan masuk.

"Malah khemah petugas keselamatan dan kesihatan telah dipindahkan. Semua langkah itu atas faktor keselamatan," katanya.

Anwar datang bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kira-kira pukul 1 tengah hari.

Bagaimanapun beliau kemudian diberikan taklimat oleh pihak polis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Robert Lau Hui Chew yang melawat tempat kejadian turut tidak dibenarkan masuk kerana keadaan tidak stabil.

Kedua-dua mereka hanya dibenarkan masuk sehingga pusat operasi mencari dan menyelamat yang kini terletak 400 meter dari tempat kejadian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain