suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tabung Bencana Alam Bukit Antarabangsa ditubuh

KUALA LUMPUR: Kini rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa boleh berbuat demikian apabila Tabung Bencana Alam Bukit Antarabangsa ditubuhkan hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional Daerah Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, tabung anjuran Umno Ampang, Pandan dan Gombak itu ditubuhkan bagi membolehkan rakyat Malaysia yang prihatin dan berkemampuan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat kejadian itu.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Ampang berkata, setakat ini yang mendahului derma adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyumbangkan RM30,000 manakala Umno Ampang, Pandan dan Gombak masingmasing menyumbangkan RM10,000.

Ismail berkata bagaimanapun akaun khusus untuk tabung itu hanya akan dibuka esok, justeru segala informasi mengenai cara untuk menyumbang hanya akan diketahui esok melalui siaran di RTM.

"Kami berasa terpanggil untuk membantu mangsa bencana dan kita sasarkan untuk mengumpul sebanyak yang boleh bagi membantu mangsa meneruskan hidup.

"Diharapkan dengan bantuan kewangan ini kelak, dapatlah membantu sedikit sebanyak tuan rumah dan anakanak yang akan menyambung persekolahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain