suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panglima Tentera Darat bercuti serta-merta hingga siasatan SPRM selesai

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akan bercuti sementara siasatan dijalankan.

PANGLIMA Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan akan bercuti berkuat kuasa serta-merta, sementara siasatan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengannya diteruskan.

"Bagi memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang telah dilaporkan melibatkan Panglima Tentera Darat, beliau akan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan.

"Langkah pentadbiran ini diambil bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar tanpa sebarang konflik kepentingan," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, tiga individu dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan projek perolehan ketenteraan.

SPRM turut menerima aduan serta merakam keterangan aktivis Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard di ibu pejabatnya.

Pegawai SPRM juga telah dihantar ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek melibatkan tentera darat dari tahun 2023 hingga kini. - The Star.

Artikel Lain