suria

Rantau Asia Pasifik diduduki 27.8 peratus jutawan

BANGKOK: Buat tiga kali berturut-turut, rantau Asia Pasifik dikuasai oleh senarai 10 individu yang ditafsirkan paling bernilai tinggi di dalam pasaran berkembang pesat atau ringkasnya jutawan, dengan India, China, Korea selatan, Indonesia dan Singapura menduduki kelima tempat teratas.

India mendahului dengan peningkatan sebanyak 22.7 peratus di senarai nilai tertinggi dalam pasaran tumbuh pesat, diikuti pula China pada 20.3 peratus, sementara Korea, Indonesia dan Singapura mencatat penambahan masing-masing sebanyak 18.9 peratus, 16.8 peratus dan 15.3 peratus.

Menurut Laporan Tahunan Kekayaan Asia Pasifik yang diterbitkan Merrill Lynchand Capgemini, Singapura mempunyai seramai 77,000 jutawan pada akhir tahun 2007, kumpulan terbanyak di dalam populasi orang dewasa di rantau tersebut.

Pada tahun lalu, 1.99 peratus daripada penduduk dewasa di Singapura mempunyai aset hakiki bernilai lebih daripada AS$1 juta, kata laporan itu, dan republik itu mempunyai nilai purata sebanyak AS$4.9 juta, menduduki tempat ketiga di rantau AsiaPasifik selepas Hong Kong dan China.

Jumlah jutawan di rantau Asia Pasifik bertambah kepada 2.8 juta pada tahun lalu, satu penambahan sebanyak 8.7 peratus dan mengatasi kadar pertumbuhan global sebanyak enam peratus, menurut laporan itu.

Rantau Asia Pasifik menjadi tempat tinggal di kalangan 27.8 peratus daripada kumpulan yang terkaya itu.

Laporan tersebut meliputi sembilan pasaran utama Asia Pasifik, termasuk Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Kumpulan terkaya di rantau tersebut menguasai lebih daripada AS$9.5 trilion dalam aset kewangan, peningkatan sebanyak 2.5 peratus dari tahun sebelumnya dan merupakan 23.3 peratus daripada kekayaan yang terkumpul menerusi pasaran global.

"Kemuculan pasaran ini adalah ekoran daripada beberapa reformasi terhadap perkhidmatan industri kewangan dan penambanhan di dalam pelaburan asing secara langsung daripada pasaran antarabangsa, seperti Amerika Syarikat, Britain dan Asia Barat," kata Wayne Li, Pengurus Kanan, Capgemini's Financial Services.

Li berkata, selagi rantau tersebut kekal sebagai enjin pejanaan kekayaan, para pelabur tempatan dan asing akan meneruskan aktiviti pelaburan.

Jumlah penduduk terkaya sekali di rantau Asia Pasifik meningkat daripada 16.4 peratus kepada 20,400 tahun lalu, iaitu dua kali ganda kadar pertumbuhan global sebanyak 8.8 peratus.

Daripada sejumlah 95,000 jutawan di Hong Kong, dianggarkan sebanyak 1,500 adalah mereka yang paling terkaya sekali dengan USD30 juta dalam aset kewangan.

Pada tahun lalu, mereka yang terkaya sekali merupakan 26.3 peratus daripada jumlah yang dicampurkan di rantau itu.

Rantau Asia Pasifik turut menyaksikan individu yang dikatakan sedang meningkat kaya yang berpendapatan di antara AS$750,000 dengan AS$1 juta di dalam aset yang ada potensi kembangkan pelaburan.

Jumlah kumpulan tersebut di rantau Asia Pasifik naik 6.9 peratus tahun lalu, berbanding kadar global sebanyak 5.2 peratus.

Dalam hal ini, China mempunyai kumpulan kelas cepat menjadi kaya pada kadar 19.9 peratus. BERNAMA

Artikel Berikut

Aidilfitri disambut Rabu ini

Artikel Lain