SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun didakwa menembak mati bapanya sendiri dalam satu kejadian tragis di kediaman mereka pada 13 Januari lalu.Kejadian dilaporkan berlaku di Duncannon, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Menurut laporan media tempatan pada Jumaat, polis menemui mangsa, Douglas Dietz, 42, tidak bernyawa di dalam bilik tidur dengan kesan tembakan di kepala.Isteri mangsa, Jillian Dietz, memaklumkan dia terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi yang disangka letupan bunga api sebelum menyedari terdapat darah di atas katil.Tidak lama kemudian, anak mereka, Clayton Dietz yang baru berusia 11 tahun masuk ke bilik dan berkata 'daddy’s dead, I killed daddy' (ayah dah mati, saya bunuh ayah).Merujuk dokumen mahkamah, Clayton mengakui dia berang selepas diminta tidur sekitar tengah malam, sehari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11.Perasaan tersebut mendorong dia mencari kunci peti besi di dalam laci bapanya dan membuka peti itu kerana mahu mengambil Nintendo Switch yang dirampas sebelum ini.Susulan tindakannya, dia turut menjumpai senjata api dan memasukkan peluru sebelum menembak bapanya yang sedang tidur.Ketika disoal siasat, suspek memaklumkan dia bertindak dalam keadaan marah dan tidak memikirkan akibat perbuatannya.Untuk rekod, mangsa dan isterinya mengambil suspek sebagai anak angkat pada 2018 meskipun seorang rakan keluarga memaklumkan dia mempunyai sejarah masalah tingkah laku di sekolah.Lebih mengejutkan, suspek juga menghidap autisme yang semakin ketara sejak 2025.Keluarga juga dilaporkan pernah menghantar surat kepada pihak sekolah supaya Clayton dipindahkan ke pusat pendidikan khas susulan beberapa ‘tanda amaran’ termasuk dakwaan komen tidak senonoh terhadap pelajar lain. -Agensi