suria

Mahasiswi cemerlang maut terjun jambatan... Tinggalkan nota minta tak salahkan keluarga, universiti

Pelajar itu meninggalkan sekeping nota terakhir sebelum dia terjun ke dalam sungai.

SEORANG penuntut semester akhir di sebuah universiti nekad mengakhiri hidupnya dengan terjun dari jambatan.

Menurut jurucakap universiti, Agus Riwanto, pelajar itu baru menamatkan pengajiannya dan sedang menunggu untuk menghadiri majlis konvokesyen tahun ini.

“Mahasiswi berkenaan mempunyai CGPA 3.8 dan merupakan penerima biasiswa Kartu Indonesia Pintar - Kuliah (KIP),” katanya.

“Cubaan bunuh diri ini tidak berkaitan dengan proses akademik di UNS, sebaliknya berkaitan dengan masalah gangguan kesihatan mental yang dialaminya,” jelas Agus mewakili Universiti Sebelas Maret (UNS) Solo, Indonesia.

Sebelum ini, pada Selasa, dilaporkan seorang wanita hilang selepas melompat dari Jambatan Jurug ke dalam Sungai Bengawan, yang terletak di sempadan Karanganyar-Solo.

Penduduk menjumpai sebuah buku nota berisi pesanan maaf di dalam beg yang ditinggalkan oleh wanita itu.

Dalam nota tersebut, mangsa meminta agar keluarganya mahupun pihak universiti tidak dipersalahkan. 

"Aku pergi ya. Jangan salahkan keluarga atau institusi tempat aku belajar. Aku hanya bermasalah dengan diri sendiri.

"Aku penat. Bu, maaf aku tak sekuat ibu," tulis pelajar itu dalam nota terakhirnya.

 

Artikel Lain