suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 16 tahun ‘mengamuk’ di tanah kubur, pecahkan batu nisan

Keadaan batu nisan yang dirosakkan seorang remaja. -Foto Detik

SEORANG remaja ditahan selepas merosakkan batu nisan di beberapa tanah perkuburan awam pada Isnin.

Remaja berusia 16 tahun itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan menggunakan batu.

Batu nisan yang dirosakkan remaja terbabit adalah di Bantul dan Kota Jogja di Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Bantul, Nengah Jeffry, berkata siasatan awal pihaknya mendapati perbuatan vandalisme tersebut dilakukan seorang remaja.

"Kita menahan suspek di rumahnya di Banguntapan dan ketika ditahan dia mengaku melakukannya.

"Selain menahan remaja itu, polis juga merampas bukti berupa pakaian yang dipakai semasa perbuatan vandalisme dan batu yang digunakan dalam kejadian.

"Batu yang dirampas itu berukuran 30 sentimeter darab 20 sentimeter," katanya.

Nengah berkata siasatan lanjut bagi mengetahui punca remaja itu bertindak demikian sedang dijalankan.

"Dia kini sedang menjalani soal siasat di Balai Polis Kotagede, Jogja.

“Kemudian dia akan dibawa ke sini pula untuk disoal siasat oleh kita," katanya.

Tambahnya, polis berjanji akan memberikan penjelasan lebih terperinci dalam sidang media.-Agensi

Artikel Lain