MAYAT seorang jururawat dalam keadaan terlentang dengan hanya memakai seluar dalam ditemukan di sebuah bilik asrama, dipercayai dibunuh.
Polis kini memburu suspek dalam kes pembunuhan itu.
Penemuan mayat tersebut selepas mangsa tidak dapat dihubungi oleh rakan-rakan sekerjanya yang kemudian datang ke biliknya untuk pemeriksaan.
Mereka menggunakan kunci pendua untuk memasuki ke bilik tersebut dan terkejut menemukan mangsa yang sudah tidak lagi bernyawa.
Kejadian berlaku di Surat Thani di Koh Sahmui, Thailand.
Memetik laporan MGR Online, mangsa ditemukan terbaring di atas katilnya dengan hanya memakai seluar dalam, dan terdapat sehelai kemeja-T diletakkan di bahagian lehernya.
Tiada kecederaan lain ditemukan pada bahagian badan mangsa kecuali kesan jerut di leher.
Pasukan polis melakukan pemeriksaan di bilik mangsa dan hanya menemukan kotak kondom kosong di atas lantai.
Kereta mangsa, iaitu Nissan sedan kelabu turut dilaporkan hilang. Polis mengesyaki suspek menggunakan kenderaan tersebut untuk melarikan diri.
Kes tersebut masih dalam siasatan polis. -Agensi