suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki hamilkan ibu mentua hingga lahirkan anak, isteri diceraikan

Pasangan suami isteri diuji dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda menggemparkan penduduk kampung apabila dikatakan menghamilkan ibu mentuanya sendiri sehingga melahirkan anak.

Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan diminta menceraikan isterinya yang berusia 21 tahun.

Kejadian berlaku di Abbanuange, Lilirilau, Soppeng, Indonesia pada awal 2024.

Bagaimanapun, perkara tersebut baru didedahkan kepada umum.

"Menantu itu mengandungkan ibu mentuanya. Tapi ini kes lama, si ibu sudah melahirkan anak dan kedua-dua pihak sudah berdamai," kata Ketua Kampung Abbanuange, Buhari kepada detikSulsel, pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Soppeng, AKBP Aditya Pradana memberitahu, pemuda itu melakukan hubungan intim dengan ibu mentuanya yang merupakan balu selepas kematian suami.

Menurut Aditya, lelaki itu kemudian menikahi mentuanya setelah menceraikan isterinya.

"Keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak, dengan syarat menantu berkenaan perlu menceraikan isterinya dan kemudian berkahwin dengan ibu mentuanya.

"Semuanya sudah berdamai," jelas beliau.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Lain