suria

Jurulatih buka jurus ‘sepak maut’, pesilat mati ketika sesi latihan

Kekerasan boleh membawa kematian. -Gambar hiasan

SEORANG remaja meninggal dunia selepas sesi latihan bersilat, dipercayai akibat disepak jurulatihnya pada awal pagi Khamis.

Remaja 17 tahun itu tidak mempunyai sebarang penyakit dan berada dalam keadaan sihat sebelum keluar berlatih.

Kejadian yang menimpa mangsa, Muhamad Prana Saputra itu berlaku di Bayolali di Jawa Tengah, Indonesia.

Menurut ketua kampung dikenali sebagai Sukimin, mangsa dibawa ke Hospital Sisma Medika selepas tidak sedarkan diri.

"Apabila kami sampai di hospital dia sudah tidak bernyawa.

"Saya hanya nampak muka dan kaki sahaja. Keadaan mukanya baik. Terdapat kesan melecet pada jari kakinya," katanya.

Polis membawa mayat remaja maut akibat bersilat untuk dibedah siasat. -Foto TribunsoloPolis membawa mayat remaja maut akibat bersilat untuk dibedah siasat. -Foto Tribunsolo

Sementara itu, Ketua Polis Karanggede, S Widodo mendedahkan kematian remaja itu dipercayai berpunca daripada penderaan.

Katanya, penderaan itu berlaku di sebuah padang latihan yang terletak di Dukuh Bejen, Kampung Karangkepoh.

"Kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah malam dengan mangsa mengikuti latihan rutin sebagai ahli pencak silat bersama rakan-rakan lain.

"Semasa latihan, mangsa menerima sepakan daripada salah seorang jurulatih," katanya. -Agensi

Artikel Lain