suria

Angkara cemburu, lelaki campak teman wanita dari kondo sebelum terjun

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki menyerang teman wanitanya. Foto Channel 3

ANGKARA cemburu, seorang lelaki didakwa mencekik teman wanitanya sehingga tidak sedarkan diri sebelum melemparkan mangsa dari atas bumbung sebuah kondominium.

Selepas melakukan perkara itu, lelaki berkenaan kemudian terjun dari bumbung tersebut.

Kedua-dua mangsa dan penyerang kini dalam keadaan kritikal.

Insiden tragis itu berlaku di Bangkok, Thailand, pada hujung minggu lalu.

Lokasi mangsa dan penyerang selepas jatuh dari bumbung.

Lokasi mangsa dan penyerang selepas jatuh dari bumbung. Foto FB กันจอมพลัง ช่วยสู้

Seorang rakan mangsa memberitahu serangan ganas itu berpunca daripada sikap cemburu si teman lelaki.

Sebulan lalu, dia mendapati kekasihnya itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang tomboi, kira-kira sebulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang tolak hubungan intim... Lelaki tergamak tetak isteri, mentua guna kapak

ARTIKEL BERKAITAN: Suami cekik isteri hingga mati, kemudian gantung diri depan anak kerana menganggur

Dia kemudian memanggil tomboi itu ke bilik kondo, menyerangnya sehingga tidak sedarkan diri, dan kemudian terus menyerang teman wanitanya.

Rakaman CCTV dari lorong di tingkat empat menunjukkan penyerang membawa mangsa yang tidak sedarkan diri ke atas bumbung di tingkat lima, dan menolaknya sebelum melompat dari bangunan itu sendiri.

Mangsa dilaporkan mengalami patah kaki, patah tulang rusuk, dan kecederaan paru-paru, manakala keadaan teman lelakinya dilaporkan dengan kecederaan lebih teruk. Bagaimanapun, keadaan mangsa yang tomboi tidak disebut dalam laporan itu.

Polis memaklumkan teman lelakii mangsa berhadapan dengan tuduhan cubaan bunuh, tetapi perlu menunggu keadaannya pulih terlebih dahulu.

Kesalahan cubaan bunuh membawa hukuman mati, penjara seumur hidup, atau penjara selama 10 hingga 20 tahun.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Artikel Lain