suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami cekik isteri hingga mati, kemudian gantung diri depan anak kerana menganggur

Bunuh diri tidak menyelesaikan masalah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki mencekik isterinya hingga mati sebelum menggantung diri dekat kipas di hadapan anak lelakinya pada Rabu.

Menurut polis, pasangan itu masing-masing berusia 40 dan 32 tahun, manakala anaknya pula berusia enam tahun.

“Ketika kejadian seorang lagi anak pasangan itu berusia 13 tahun keluar bersama datuk dan neneknya sebelah ayahnya.

"Anaknya berusia enam tahun menghubungi nenek sebelah ibunya memaklumkan ibunya tidak bercakap dan memintanya segera datang ke rumah," kata polis.

Kejadian berlaku di Byadarahalli, India.

Neneknya yang tinggal berhampiran membuka pintu rumah dan mendapati anaknya, Mamata tidak sedarkan diri dengan pendarahan dari hidung dan kesan calar di muka.

Di bilik lain, dia mendapati menantunya, Suresh tergantung pada kipas siling. 

Polis mengesyaki Suresh mula-mula mencekik Mamata sama ada menggunakan cadar atau bantal dan kemudian membunuh diri.

Siasatan mendedahkan bahawa kedua-duanya berkahwin selama 14 tahun dan tinggal di rumah mereka selama dua bulan.

Mereka sebelum ini tinggal bersama ibu bapa Suresh di Bhadravathi di Shivamogga.

Nenek kanak-kanak itu mendakwa Suresh kini menganggur, tidak membayar sewa dan sering bergaduh dengan anaknya.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan membunuh diri dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Artikel Lain