suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makan berlebihan demi video mukbang, TikToker meninggal dunia pada umur 24 tahun

Kultur meninggal dunia pada usia 24 tahun. -Foto NX

SEORANG pencipta kandungan yang mempunyai lebih 155,000 pengikut di TikTok meninggal dunia pada 7 Mac selepas mengalami komplikasi berkaitan obesiti.

Efecan Kultur, 24, mengalami masalah berat badan berlebihan sehingga menyebabkan dia sukar untuk berdiri dan bernafas.

Kultur yang terkenal dalam komuniti 'mukbang' sering berkongsi video menikmati makanan dalam kuantiti luar biasa.

Dia yang berasal dari Turkiye, pertama kali dimasukkan ke hospital pada Disember 2024 akibat masalah kesihatan berpunca daripada berat badannya.

Menurut laporan, dia sering mengalami lebam yang menyebabkan masalah pergerakan.  

Malah, pempengaruh itu tidak dapat menziarahi kubur ibunya sendiri sejak setahun lalu kerana bergantung kepada mesin pernafasan. 

Kultur akhirnya dibenarkan keluar hospital dan meneruskan rawatan di rumah, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.  

Upacara pengebumiannya diadakan di Masjid Celaliye di wilayah Istanbul.  - Agensi.

 

Artikel Lain