suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar hisap vape dalam Parlimen tular, wakil rakyat pembangkang disiasat dakwaan langgar etika

Foto Ahli Parlimen itu dimuat naik ke media sosial pada Isnin. -Foto กูจะลากไส้มึงออกมาดูเล่น/Facebook

SEORANG ahli politik menerima kecaman selepas tular foto memaparkan dia sedang menghisap rokok elektronik di dalam Parlimen.

Ahli Parlimen Parti Rakyat Thai, Charoenyuth (Tonkla) Chaturapornprasit, kini disiasat atas kesalahan pelanggaran etika.

Kes itu dijangka dibincangkan oleh Jawatankuasa Etika Dewan, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat mengenai peraturan vape di Thailand.

Foto itu dimuat naik di media sosial pada Selasa.

"Menghisap vape di tengah-tengah Parlimen. Dah jadi Ahli Parlimen, bukannya tunjuk contoh baik, tapi langgar undang-undang depan mata," tulis kapsyen foto itu.

Timbalan Ketua Parti Rakyat, Pakornwut Udompipatsakul pada Rabu mengesahkan parti itu akan meneliti insiden berkenaan melalui prosedur dalaman bagi mendapatkan gambaran penuh kejadian.

Jelasnya, tindakan selanjutnya juga akan diambil selepas menerima keputusan daripada Jawatankuasa Etika Dewan. -Agensi

Artikel Lain