SEORANG gadis berusia 19 tahun meninggal dunia dipercayai kerana mengamalkan rejimen puasa yang melampau untuk menurunkan berat badan.
Gadis yang dikenali sebagai Sreenanda dari Kannur, Kerala, India itu mengamalkan 'puasa ekstrim' selepas terpengaruh dengan kaedah penurunan berat badan yang ditemuinya di internet.
Dia telah berpantang daripada menjamah makanan selama hampir setahun dah hanya bergantung sepenuhnya kepada air.
Doktor memaklumkan punca kematian gadis tersebut adalah kerana
komplikasi yang timbul akibat anoreksia nervosa, iaitu gangguan makan dengan rasa takut yang berlebihan terhadap kenaikan berat badan.
Sreenanda yang merupakan pelajar tahun 1, menjalani rawatan di Hospital Koperasi Thalassery selama 10 hari, sebelum terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana keadaannya semakin teruk.
Bagaimanapun selepas empat hari bergantung kepada alat berkenaan, Sreenanda akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu. -Agensi