suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak lelaki maut, leher tersepit tingkap kereta baru keluarga

Ibu bapa perlu sentiasa peka tentang keselamatan anak-anak kecil untuk mengelakkan berlakunya perkara tak diingini. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah maut selepas lehernya tersepit pada tingkap automatik kereta baharu keluarganya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin, mangsa bersama keluarganya dilaporkan pergi ke sebuah kuil di Chandadih, Uttar Pradesh bagi melakukan upacara sembahyang untuk kereta baharu mereka.

Bapa saudara mangsa berkata, ketika di kuil, anak saudaranya bersandar pada tingkap kereta sambil leka memerhatikan monyet.  

Apabila enjin kereta dihidupkan, tingkap automatik tersebut bergerak ke atas dan memerangkap leher mangsa.

Mangsa yang tidak sedarkan diri sejurus kejadian segera dikejarkan ke hospital namun nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis. -Agensi

Artikel Lain