SEORANG wanita hamil mendakwa dirogol oleh seorang anggota polis pada Jumaat.
Lebih menjijikkan, wanita berusia 32 tahun itu mendakwa dirogol di hadapan anak lelakinya yang masih kecil.
Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis (AdCP), Vinod Kumar Sharma, ia berlaku di sebuah hotel di Jaipur, India.
“Anggota polis yang dituduh meminta mangsa mengikutnya untuk merekodkan kenyataan.
"Ia berkaitan laporan polis terhadap jirannya, yang telah dibuat pada malam Jumaat,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik kembar bergilir-gilir rogol remaja 16 tahun... Ajak sekali kawan bakal pengantin, calon tunang orang!
Suspek dikenali sebagai Bhaga Ram, 48, bertugas di Balai Polis Sanganer.
Menurut laporan, mangsa bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun membuat laporan polis selepas dipukul oleh jirannya pada Jumaat.
Pada pagi Sabtu, Ram pergi ke rumah wanita itu dan meminta dia mengikutnya ke balai polis untuk merekodkan kenyataan.
Namun, anggota itu sebaliknya membawa wanita tersebut bersama anaknya ke sebuah hotel.
Dia menahan mangsa di hotel itu sehingga malam dan merogolnya berulang kali.
Wanita itu kemudian menghubungi Pesuruhjaya Polis dan membuat laporan terhadap Ram. - Agensi.