suria

Egypt Air: Pesawat Mendarat Di Cyprus, Perampas Tuntut Suaka Politik

LARNACA: Seorang perampas yang merampas sebuah pesawat Egypt Air pada Selasa dan melencongkan pesawat itu ke Cyprus sebelum membebaskan semua penumpang kecuali empat warga asing dan kru, kata syarikat penerbangan itu.

Stesen radio Cyprus berkata lelaki tersebut menuntut suaka politik di negara kepulauan Mediterranean itu.

Lelaki tersebut yang bukan warga Mesir didakwa meminta seorang penterjemah untuk menyatakan tuntutannya.

Namun butiran lanjut mengenainya tidak dijelaskan.

Jabatan Penerbangan Awam Mesir berkata perampas mengancam untuk meletupkan pesawat tersebut yang dilencongkan ke Cyprus.

Egypt Air dalam laman Twitternya berkata 'rundingan dengan perampas' menyebabkan pembebasan semua penumpang kecuali kru dan empat warga asing.

Identiti empat warga asing itu tidak didedahkan.

Polis Cyprus berkata perampas menghubungi menara kawalan pada pukul 8.30 pagi (5.30 waktu tempatan) dan pesawat itu dibenarkan mendarat pada pukul 8.50 pagi.

Satu pasukan krisis dikerahkan ke lapangan terbang, pintu masuk pelancong ke pulau peranginan di Mediterranean.

Pesawat itu mendarat kira-kira 200 meter dari pantai yang menjadi pusat tumpuan pelancong asing.

Pesawat itu turut dikepung anggota polis.

Cyprus, Egypt Air

Artikel Lain