suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Egypt Air Dirampas Dalam Penerbangan Ke Kaherah

KAHERAH: Sebuah pesawat Egypt Air bagi penerbangan domestik dari Alexandria ke Kaherah dirampas pada Selasa dan mendarat di Cyprus, kata pegawai Mesir dan stesen radio Cyprus.

Perbadanan Penyiaran Cyprus melaporkan bahawa seramai 55 penumpang dan tujuh kru di dalam pesawat itu.

Sekurang-kurangnya seorang lelaki dikatakan bersenjata.

Rampasan berlaku di rantau maklumat penerbangan Cyprus dan pesawat itu dilencongkan ke Larnaca.

Sumber polis dan jabatan penerbangan awam Mesir mengesahkan rampasan berkenaan dan mengatakan terdapat seorang lelaki terlibat dalam insiden itu.

Dilaporkan terdapat bom di dalam pesawat tersebut.

Pesawat yang dirampas adalah jenis Airbus 320. - Reuters



Egypt Air

Artikel Lain