suria

Menara Kediaman Di UAE Terbakar

Bangunan kediaman di Ajman, UAE terbakar pada lewat malam Isnin. Foto AP

DUBAI: Sebuah menara kediaman di Ajman di Emiriah Arab Bersatu (UAE) terbakar pada lewat malam Isnin.

Insiden berkenaan merupakan kes kebakaran terbaru melibatkan bangunan tinggi di negara itu.

Akhbar tempatan Khaleej Times melaporkan bahawa penghuni kediaman dipindahkan dan pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran.

Keadaan bangunan kediaman yang dijilat api. Foto AFP

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Sekurang-kurangnya empat kebakaran berlaku membabitkan bangunan tinggi di UAE dalam tempoh tiga tahun.

Kes tersebut merupakan kebakaran berlaku di sebuah hotel di Dubai pada malam tahun baharu yang lepas, kebakaran di bangunan kediaman 79 tingkat di Dubai pada Februari tahun lalu dan sebahagian bangunan kediaman 34 tingkat musnah pada November 2012.

Kumpulan pakar berkata, terdapat beberapa kes yang menyebabkan api marak kerana penggunaan sejenis lapisan di luar bangunaan untuk hiasan atau penebat, yang mudah terbakar. - Reuters

Artikel Lain