suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elton John Disaman Atas Dakwaan Gangguan Seksual

Elton John.

BINTANG terkenal, Elton John disaman oleh seorang bekas pengawal keselamatan atas dakwaan gangguan seksual, menurut laporan media Amerika Syarikat (AS).

Mirror memetik laporan laman web TMZ bahawa Jeffrey Wenninger memfailkan saman terhadap bintang berusia 69 tahun itu dengan mendakwa Elton meletakkan tangan di seluarnya.

Jeffrey mendakwa bintang berkenaan cuba untuk menyentuh kemaluannya semasa kedua-dua mereka berada di dalam kereta bersama pada 2014.

Menurut saman berkenaan, penyanyi tersebut turut memberitahu anak guamnya supaya menunjukkan kemaluannya dalam kejadian berasingan, lapor TMZ.

Bekas pengawal keselamatan itu dipercayai berhenti berkhidmat dengan penyanyi itu pada September 2014.

Dia cuba untuk menghalang secara lisan dan fizikal, tetapi dakwanya tindakan itu tidak menghentikan perbuatan Elton. - Mirror


Artikel Lain