suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belgium Dakwa Suspek Kedua Cuba Serang Perancis

Suspek pengganas yang ditembak oleh polis Belgium di sebuah stesen tram pada Jumaat.
BRUSSELS: Belgium telah mendakwa lelaki kedua yang dikaitkan dengan rancangan serangan di Perancis, tetapi sempat digagalkan, menurut pendakwa persekutuan, Ahad.

Pendakwa  menamakan suspek sebagai Abderamane A, yang ditembak di kaki di stesen tram di daerah Schaerbeek di Brussels, Jumaat.


Lelaki itu sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dihalang daripada memasuki Perancis seumur hidup kerana membantu dalam pembunuhan pemimpin politik dan tentera Afghanistan Ahmad Shah Massoud pada tahun 2001.

Pihak berkuasa Belgium pada Sabtu mendakwa seorang lagi suspek, Rabah N. dengan kesalahan yang sama, susulan penangkapan suspek pengganas Reda Kriket dekat Paris dua hari sebelum itu.

Polis Perancis menemui senjata dan bahan letupan di flat kediaman Kriket dan berkata mereka telah menghalang serangan daripada berlaku.

Kriket didapati bersalah tanpa hadir di Belgium tahun lepas berkaitan rangkaian yang membantu pejuang pelampau pergi ke Syria, bersama-sama dengan Abdelhamid Abaaoud.

Dia adalah suspek ketua sindiket dalam serangan di Paris pada 13 November yang menyebabkan 130 orang mati dan sedang ditahan di penjara di Belgium.
pengganas, Abderamane A, Rabah N

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain