suria

Tiga Daripada Empat Orang Percaya Singapura Hanya 'Tunggu Masa' Untuk Diserang

Dua kereta diletupkan di luar Hab Sukan Singapura pada 30 April lalu untuk menguji tindak balas perkhidmatan kecemasan negara dalam langkah berdepan serangan pengganas.
SINGAPURA: Tiga daripada empat warga Singapura percaya bahawa negara mereka hanya 'menunggu masa' berdepan serangan keganasan, dengan Lapangan Terbang Changi sebagai sasaran paling mungkin.

Tetapi satu pertiga daripada mereka yang ditinjau bimbang bahawa apa yang dilakukan sekarang masih tidak cukup untuk rakyat berdepan untuk kemungkinan itu.


Angka-angka ini adalah hasil tinjauan dan kaji selidik oleh The Sunday Times baru-baru ini terhadap 500 orang dalam pelbagai peringkat umur dan demografi yang melakukan tinjauan di lokasi-lokasi di seluruh pulau ini, termasuk hab pengangkutan, kawasan beli-belah dan Lapangan Terbang Changi.


Kajian itu dijalankan selepas serangan di ibu negara Belgium, Brussels yang membunuh 31 orang dan mencederakan 300 yang lain.

Dua pengebom berani mati meletupkan bahan letupan di ruang berlepas lapangan terbang Brussels, sebelum pengebom ketiga meletupkan dirinya di keretapi bawah tanah pada akhir waktu puncak.

Hampir sembilan daripada 10 daripada mereka yang disoal oleh The Sunday Times telah mendengar mengenai serangan di Brussels dan hampir semua mereka bimbang sesuatu yang sama akan berlaku di sini.

Kebimbangan ini timbul dengan kedudukan Singapura sebagai hab perjalanan dan perniagaan Asia, dan sokongannya dalam memerangi Negara Islam di Syria dan Iraq (ISIS).

Seorang tutor peribadi, Fred Tan, 57 berkata: "Kami adalah pusat untuk perjalanan udara dan sesiapa sahaja boleh masuk dan keluar dari lapangan terbang dengan mudah. Anda tidak boleh memberitahu siapakah pengganas hanya dengan melihat penampilan mereka.

Kira-kira 54 peratus mereka yang ditinjau percaya Singapura kini bersedia berdepan serangan, dengan adanya kewaspadaan pasukan keselamatan di negara ini, bilangan rondaan bersenjata di kawasan utama seperti lapangan terbang dan stesen kereta api dan kenyataan baru-baru ini mengenai bagaimana negara ini telah meningkatkan langkah keselamatannya.
serangan keganasan, ISIS, Singapura

Artikel Lain