suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bimbang Ancaman Is, Penerbangan Dari Vienna Ke London Ditangguh

VIENNA: Penerbangan EasyJet dari Vienna ke London pada Sabtu telah dihentikan sejurus sebelum berlepas kerana seorang penumpang percaya lelaki yang duduk di sebelahnya mungkin seorang pelampau Islam, kata pihak berkuasa.

"Wanita itu percaya bahawa dia telah melihat mesej berkaitan IS (Negara Islam) pada telefon bimbit lelaki itu," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria Karl-Heinz Grundboeck kepada AFP.

Wanita itu memaklumkan perkara itu kepada anak kapal dan kakitangan keselamatan telah dipanggil serta pelepasan dibatalkan.


Semua penumpang dan bagasi diturunkan dari pesawat untuk pemeriksaan.

"Tiada apa yang ditemui dan pesawat itu telah berlepas, bagaimanapun tanpa lelaki atau wanita itu. Mereka kini disoal siasat," kata Grundboeck.

Lelaki itu adalah seorang warga Iraq, katanya.

Kewarganegaraan wanita itu tidak dapat dipastikan.

Insiden itu berlaku di ketika kawalan keselamatan dipertingkatkan di Eropah berikutan pengeboman di Brussels, yang mana didakwa dilakukan oleh IS di Iraq dan Syria, atau ISIS.
IS, letupan Brussels, EasyJet

Artikel Lain