suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Al Jazeera Kurangkan Peluang Kerja

LOS ANGELES: Syarikat penyiaran yang berpangkalan di Qatar, Al Jazeera akan mengurangkan sejumlah 500 peluang pekerjaan, umum operasi berita itu kepada kakitangannya, Ahad.

Pengurangan itu dibuat kira-kira dua bulan selepas Al Jazeera mengumumkan penutupan cabangnya di Amerika, dan merupakan sebahagian daripada 'inisiatif mengoptimum tenaga kerja'.

Dalam memo itu yang dihantar kepada kakitangan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, ia menegaskan perubahan landskap media sebagai alasan pengurangan.

Al Jazeera menggaji kira-kira 4,500 orang. Majoriti pengurangan melibatkan mereka yang berpangkalan di Qatar.

Pengurangan itu dibuat apabila Qatar, tuan rumah Piala Dunia 2022 berdepan tekanan peningkatan bajet disebabkan oleh kejatuhan harga minyak dan gas, yang menjadi sebahagian besar sumbangan ekonomi Timur Tengah.


Harga minyak mentah telah jatuh kepada As$40 setong - turun dari $100 setong pada musim panas 2014.
harga minyak, Al Jazeera

Artikel Lain