suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Egypt Air: Perampas Bebaskan Semua Kecuali Empat Warga Asing, Kru

Seorang anggota polis berdiri di luar Lapangan Terbang Larnaca berhampiran pesawat Egypt Air A320 yang dirampas. Foto Reuters

KAHERAH: Perampas membebaskan kesemua penumpang di dalam pesawat Egypt Air kecuali empat warga asing dan kru.

Terdahulu, syarikat penerbangan itu menulis di Twitter dengan memaklumkan lima warga asing dan kru masih berada dalam pesawat, selepas rundingan dengan perampas yang mengarahkan pesawat tersebut diterbangkan ke lapangan terbang Larnaca.

Pesawat Egypt Air bagi penerbangan domestik dari Alexandria ke Kaherah dirampas pada Selasa dan mendarat di Cyprus, kata pegawai Mesir dan stesen radio Cyprus.

Dilaporkan seramai 55 penumpang dan tujuh kru menaiki pesawat itu.

Dilaporkan terdapat bom di dalam pesawat tersebut.

Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menaiki pesawat berkenaan.


Egypt Air

Artikel Lain