suria

Krew Soyuz Bersedia Dengan Beban Kerja Di Stesen Angkasa

KAZAKHSTAN: Trio angkasawan yang akan terbang ke Stesen Angkasa Antarabangsa minggu ini berkata mereka tidak gentar dengan kesibukan dan beban kerja dalam misi mereka selama enam bulan.

Angkasawan NASA Kevin Ford pada Isnin berkata tugas di makmal mengorbit pada minggu pertama termasuk perjalanan di angkasa untuk membaiki peralatan stesen dan pelepasan kapsul komersial Dragon.

Ford, yang berlepas denganpusat angkasa lepas di Kazakhstan pada Selasa bersama-sama rakan dari Rusia Oleg Novitsky dan Yevgeny Tarelkin, adalah satu-satunya ahli kru yang mempunyai pengalaman perjalanan angkasa.

Angkasawan AS Sunita Williams, Rusia, Yuri Malenchenko dan Aki Hoshide dari Jepun, yang berada di ISS sejak pertengahan bulan Julai, dijadualkan kembali ke bumi bulan depan.

Artikel Berikut

Apple Lancar iPad Mini Esok

Artikel Lain