suria

Apple Lancar iPad Mini Esok

SAN FRANCISCO: Beberapa minggu selepas pelancaran bersejarah iPhone 5, Apple muncul dengan satu lagi gajet yang dijangka mendapat sambutan hangat iaitu versi mini tablet iPad keluarannya.

Apple menghantar jemputan bagi majlis pelancaran di San Jose, California esok tetapi tidak menyatakan maklumat lengkap seperti selalu dilakukannya dengan hanya berkata: "Kami ada lebih lagi untuk dipersembahkankan kepada anda."

Laporan dan khabar angin mengenai kemunculan iPad Mini sudah merebak selama berbulan-bulan tetapi Apple enggan membuat ulasan.

Bagaimanapun, laman blog yang memantau Apple berkata, tablet baru itu akan dijual pada harga antara AS$249 dan AS$399 yang mungkin memberi saingan kepada pesaing seperti Amazon Kindle Fire. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain