suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Maut Pertempuran Etnik Rohingya-Buddha Di Myanmar

YANGON: Tiga terbunuh dalam keganasan perkauman terbaru antara penduduk Islam Rohingya dan penganut agama Buddha di Rakhine, barat Myanmar, lapor pihak berkuasa tempatan, pada Selasa.

Ketua Hakim Rakhine, Hla Thein, berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa tiga orang membabitkan seorang etnik Rakine dan dua wanita Islam terbunuh di perkampungan Pandeinkone ketika pertempuran yang berlaku.

"Beratus kediaman terbakar dalam pertempuran itu yang mengakibatkan dua kampung terjejas teruk," katanya sambil menambah kedua-dua kampung itu terletak berdekatan antara satu sama lain.

Lebih 300 rumah dilaporkan terbakar.

Berpuluh penduduk terbunuh dalam pertempuran yang melanda antara masyarakat Islam dan Buddha pada Jun lalu, manakala berpuluh ribu lagi melarikan diri, mendorong kumpulan hak asasi manusia untuk memberi amaran terhadap krisis kemanusiaan. - AFP

Artikel Berikut

Apple Lancar iPad Mini Esok

Artikel Lain