suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jepun Ganti Menteri Kabinet Berhubung Skandal Dana Politik

TOKYO: Perdana Menteri Jepun telah menamakan pengganti menteri Kabinet yang meletak jawatan atas isu-isu kesihatan dan dakwaan bahawa dia terlibat dengan samseng dan menerima derma politik.

Ketua Setiausaha Kabinet, Osamu Fujimura berkata pada Rabu bahawa Makoto Taki akan kembali kepada kementerian keadilan. Taki telah meninggalkan jawatan itu selepas rombakan Kabinet pada 1 Oktober, tetapi pengganti beliau meletak jawatan pada Selasa.

Pengganti beliau, Keishu Tanaka telah ke hospital kerana masalah jantung dan masalah kesihatan yang lain, tetapi beliau turut didakwa menerima dana politik yang dipersoalkan dimana ia merupakan antara jenayah terancang 30 tahun lalu.

Peletakan jawatan Tanaka dilihat sebagai tamparan kepada pentadbiran Perdana Menteri Yoshihiko Noda. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain