suria

Iran Hukum Gantung 10 Pengedar Dadah

DUBAI: Iran menggantung 10 orang yang disabitkan kesalahan mengedar dadah pada Isnin, lapor agensi berita separuh rasmi Mehr, kurang dari seminggu selepas Amnesty International menggesa negara Islam menamatkan hukuman mati.

Hukuman tersebut adalah ketetapan di Tehran, dan terbaru ia dilakukan di sebuah penjara di ibu negara.

Badan kehakiman berkata mereka yang digantung merupakan ahli daripada dua kumpulan penyeludup dadah, menurut Mehr.

Iran tetap menolak kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia Barat terhadap kadar hukuman mati yang tinggi, dengan berkata mereka sedang melaksanakan undang-undang Islam dan melakukan tindak balas terhadap masalah dadah.

Minggu lepas, Amnesty menggesa pihak berkuasa Iran untuk meringankan semua hukuman mati dan menggantikannya dengan hukuman yang mungkin sesuai.

Pemantau hak asasi manusia yang berpangkalan di London berkata dalam satu kenyataan percaya 344 orang telah dijatuhi hukuman di Iran sejak bulan Mac.

Iran adalah laluan transit bagi penyeludup narkotik dari negara jiran Afghanistan, yang menghasilkan lebih 90 peratus candu dunia.

Menurut media di negara ini, lebih 3,500 askar Iran telah terbunuh dalam pertempuran dengan penyeludup dadah sejak revolusi Islam 1979.

Antara yang dijatuhi hukuman pada hari Isnin adalah Saeed Sedighi, yang dikatakan Amnesty, "nampak tidak seperti mempunyai peluang untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman".

Pembunuhan, zina, rogol, rompakan bersenjata, pengedaran dadah dan murtad - mengikut undang-undang Islam - semua dikenakan hukuman mati di bawah kod kehakiman Islam yang digunakan Iran selepas revolusi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain