suria

Serangan Ke Atas Puak Syiah Korban 12 Nyawa

QUETTA (Pakistan): Kumpulan pemberontak ajaran Suni melepaskan tembakan ke arah puak Syiah yang melalui kawasan barat laut Pakistan pada Selasa menyebabkan 12 orang terbunuh dan enam yang lain cedera, kata polis.

Keadaan semakin buruk sejak beberapa minggu apabila kumpulan Suni yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda membuat serangan bom dan tembakan ke atas kaum minoriti Syiah skaligus memburukkan lagi pertelingkahan antara dua puak tersebut.

Penyerang bersenjata tersebut menaiki motosikal dam menahan sebuah bas membawa penganut Syiah yang sedang menuju ke tempat kerja di pinngir bandar Quetta, kata pegawai polis, Hamid Shakeel.

Suspek memaksa mangsa turun daripada bas, menyuruh mereka berdiri dan beratur sebelum menembak mereka, kata Shakeel.

Mangsa terbunuh adalah 11 oarang pengikut Syiah dan seorang pengikut Suni manakala mereka yang cedera termasuk empat pengikut Syiah dan dua orang pengamal Suni. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain