suria

Serangan Bom Kereta: 70 Maut Di Mogadishu

MOGADISHU: Sebuah kereta berisi bom merempuh pekarangan bangunan kerajaan di Mogadishu semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 70 maut dalam serangan berdarah terburuk dilancarkan puak pemberontak sejak lima tahun lalu.

Saksi menyifatkan ia juga serangan yang terbesar di Mogadishu sejak Somalia termasuk dalam kancah perang saudara sejak dua dekad lalu dengan kawasan letupan ibarat medan Perang Dunia Kedua.

Pengebom berani mati terbabit merempuh bersama kereta yang sarat dengan bahan letupan di kawasan bangunan yang menempatkan empat pejabat kementerian strategik. Kejadian kali ini berlaki kira-kira dua bulan selepas puak pemberontak yang ada kaitan dengan rangkaian al-Qaeda membubarkan jawatan mereka.

Presiden Somalia, Sharif Sheikh Ahmed, mengutuk serangan itu yang didakwanya sudah mengorbankan 70 nyawa manakala 150 lagi cedera dengan kebanyakan mereka adalah pelajar remaja.

“Saya amat terkejut dengan kejadian ini dan sedih dengan kekejaman yang dilakukan oleh keganasan yang melanda masyarakat kita," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jurucakap polis Somalia, Abdullahi Hassan Barise berkata penyerang adalah seorang warga Kenya bernama Ashad Abdi Said. “Kami mempunyai pasportnya. Dia dilahirkan di Wajir, di utara Kenya," katanya. -AFP

Artikel Sebelum

Tembakan Di Kuari: Dua Maut

Artikel Berikut

Artikel Lain