suria

CEO Baru Apple Bakal Lancar iPhone Versi Terkini

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc yang baru, Tim Cook akan memulakan sejarah penting dalam tugasnya dengan melancarkan model telefon bimbit pintar iPhone versi terbaru.

Iphone versi terbaru yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat itu diramalkan akan menerima sambutan hebat dari para pengguna.

Apple akan mengadakan acara pelancaran tersebut di auditorium dekat ibu pejabatnya di Cupertino dan hanya menjemput media terpilih untuk menyaksikan Cook menyampaikan pembentangannya mengenai model baru tersebut.

Seperti biasa, Apple hanya memberi sedikit bayangan dalam apa yang akan dijangkakan di penyampaian itu.

Spekulasi mengenai aspek baru versi terkini iPhone itu termasuklah mungkin Cook akan menunjukkan iPhone dengan kuasa processing yang lebih laju, saiz skrin sentuh yang lebih besar dan kamera dengan kualiti yang lebih bagus. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain